Wednesday, April 2, 2014

sirih pulang ke gagang!

Assalamualaikum..

sudah lebih tiga tahun yapbulat x mengepos sesuatu..
mcm2 benda dalam tiga tahun  yapbulat dah lalui..
suka duka tawa canda.. cewahhhh

Utk tahun yang berbahagia ini, 2014..
Yapbulat telah kembali menjadi FULL TIME STUDENT..
Kali ni upgrade skit la.. Dari Undergraduate ke Postgraduate gitu..

Abang Master uolls..

kini yapbulat sudah berada di semester 2..
next week sudah mid semester break..
walaupun bz, yapbulat akan bercuti dan menjelajah bumi Pantai timur..
Ke Kelate Ke kita, Ke Tganu Ke Kita..
mcm tiru wak doyok n myo OCK pulak..kihkihkih

jadual bulan ni agak padat..
pandai2 la yapbulat bahagi masa..

Syukur tahun ni rezeki yapbulat mcm2 la..
Dapat Adek Ipar, Dapat Loan Mara, latest one I got MyMaster under Mybrain15..
I wanna make mama, tok, abah n adek2 proud of me..
nk kasi dorg epy2 sbb ad anak, cucu,  abang mcm yapbulat nie.. nak nanes la pulakkkk

K bye..
Undur diri dulu..
Selamat Malam..
^_^

Tuesday, May 31, 2011

renungkanlah

ini post yg agak islamic sikit r..
sbb nk tergerak nk tulis bnda ini..
yapbulat 'qoute' dr mak ina..

sumber dr fb...
terdapat 43 perkara yg direnungkan...

1. Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

...

3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.

4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka

7. Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

14. Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

15. Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

16. Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

17. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

18. Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

19. Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

20. Masa yang kita gunakan untuk mencari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

21. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

22. Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

23. Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.

24. Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

25. Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

26. Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

27. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

28. Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

29. Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

30. Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

31. Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

32. Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

33. Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

34. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

35. Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang

36. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

37. Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

38. Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

39. Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

40. Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

41. Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

42. Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

43. Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

Fikir-fikirkan! Renung-renungkan! Dan Selamat Beramal..


credit to mak ina...

sekian......

mentor 5

Ahakz….. jeng2..

Dh lepas American idol 10 kan..

Yapbulat excited nk tgk la bakat2 org Malaysia plak ..

Program reality yg boleh dikatakn berjaya menghasilkan bakat2 baru selepas Akademi Fantasia..

Kini mentor 5 sampai ke kemuncaknyer..

Pada 29.5.2011 peminat2 salma, shiha dan iqa berasak-asak memenuhi stadim merdeka, dgn banner2 sementara yg berda di rumah dgn baju kegemaran peserta kegemaran..

Termasuk la yapbulat..yapbulat pakai bju warna biru..

Ce teka, ce teka sapakah gerangan peserta pilhan yapbulat…

K la, yapbulat gtau..

Warna hijau- SALMA….Warna kuning – IQA….Warna biru- shiha..(oppps kantoi la kan)…haha

Sama seperti American Idol, mentor 5 juga ada 3 pusingan.. tp konsep laen la… Salma kepada erra fazira memulakan persembahan.. diikuti shiha protégé kepada Datuk Sharifah Aini dan iqa protégé kepada edry KRU..

Malam akhir ni dimulakan dengan persembahan dr HUJAN , ayish, aiman dan ratnah..(peserta yg tersingkir awal).. tp xdak la gempak mcm peserta finalenyew..huahuahau(jahat kan)..

Yapbulat paling suka persembahan shiha yg pertama dan lagu baru shiha, bertemu denganmu(dgn yapbulat la 2)hahaha

Salma yapbulat suka mase dia nyanyi dgn jac..lg baru dia ok2,.

Bg yapbulat, iqa dh cuba sedaya upaya tp masih blom cukup mantap..lagu baru besa2 jew..tp iqa ada peluang cerah lepas program ni jika dibandingkan dengan salma dan shiha kerana edry kan komposer yg hebat..

Tiba mase yg dinantikan, saat markah diumumkan mmg tergetar2 dibuatnye oleh perantara mentor 5, sapa lg kalo bukan Ally Iskandar..

Markah salma didahulukan kerana mmbuat persembahan pertama diikuti shiha dan iqa..

Agak xterkejut la, sbb dh tau plan tv3 nk kan salma jd juara,..hahaha

Yela mase salma dpt markah rendah peminat dia dh bising inikan xjuara..hahaha

Tp mmg xdinafikan lg la mmg glew r suara dia..yg penting shiha suara LUNAK k..

Juara Mentor 5 adalah SALMA, Naib Juara Mentor 5 adalah SHIHA dan Tempat ke3 adalah IQA…

SELAMAT MENEMPUH LUAR LA YEW YAPBULAT UCAPKAN…
yuhuuuuuuuuuuuuuuu……..





sekian.....

american idol 10..


Aloo semua..lama dh xupdate blog kan..
ari ni yapbulat nk buat byk post la..huahuahuahua

Lepas gian katakan..

Seperti tajuknya, American Idol 10..

Hehe

Mesti dh tau kan sapa pemenangnyer..
wat first time yapbualt tgk live kat americanidol.com tau..

Punya la minat kat Lauren alaina, huhu

Tp sayang Scotty mccreecy yg menang..

Nk wat camner rezeki dia kan..
yapbulat ikut perkembngn dr first konsert lg..
ingt haley n Lauren masuk final tp Scotty yg layak asalnyer xpuas ati..

Lama2 dh tgk persembahan Scotty mmg menakjubkan..

Suara dia sgt unik..macho gitu..haha

Try la dgr lgu I LOVE U THIS BIG..

Sgt macho lg 2…haha

Yapbulat suka lagu 2 gak tp paling suka lg Lauren la..

LIKE MY MOTHER DOES.. lirik yg sgt puitis sesuai utk ibu..

Part yg yapbulat suka adalah

She's a rock,

She is grace
She's an angel,

She's

My heart and soul
She does it all

When I love, I give it all I've got
Like my mother does
When I'm scared I bow my head and pray
Like my mother does

Mase time final, ada 3 pusingan.. pusingan 1, randy, jennifer n steven suka scotty

Mase pusingan 2 plak, randy, Jennifer n steven suka Lauren..

Mase last round, randy n steven yg suka Lauren tp Jennifer ckp both the best..

Mase pengumuman keputusan byk glew persembahan..

Mmg superb r..

Antaranya lady gaga, marc anthony, beyonce dan byk lg..

Tidak terkecuali kesemua finalis top 13 american idol..

Top 2 menyanyi bersama idol masing2..

Hampir 4 jam persembahan debaran kini memuncak,

122 juta undian diterima, dlm sejarah American Idol tau..

Sebelum 2, Lauren dan Scotty dapat tajaan kereta dr FORD, ryan ckp pilih je apape model pun hahahaaa..

Jeng2, juara AmericaN Idol jatuh kepada

SCOTTY MCCREERY…

Hahahahhaha

Kan dh bgtau td..

Tetiba plak minat Scotty kan..

Muka dia sgt selamba, mcm beb jew, comel, stylo lg…

Ni yapbulat ada kepilkan gmbr yg diambil dr google..huhuhu

Credit to: google, Scotty Mccreecy, Lauren Alaina





sekian......